
Couture Fashion Week Malaysia 2024 telah diadakan dengan cukup meriah bertempat di Hotel Four Season ,Kuala Lumpur baru-baru ini.
Acara ini dianjurkan oleh Media Path Enterprise dengan kerjasama Oriental Fashion Show Paris dan the MENA-Asian Initiative, dan disokong oleh Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya, International Women Entrepreneurs of Malaysia (IWEM), World Fashion Week Dubai, dan YEOH Foundation,


(Ziinine A. Britshi,Pengasas Couture Fashion Week Malaysia 2024)




Samuel Lee Thai Hung,Timbalan Ketua Pengarah (Promosi 2) Tourism Malaysia telah merasmikan acara ini dan antara kenamaan yang turut hadir ialah Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir, Pengerusi Venus Assets, pelakon selebriti dari Hong Kong Amy Yip, penyanyi Natasha Sass dan ramai lagi termasuk Hind Joudar, Pengasas Oriental Fashion Show Paris,dan Svitlana Kashcheieva, Pengasas World Fashion Week Dubai.

(Pelakon selebriti dari Hong Kong Amy Yip turut hadir pada acara ini)


(Pereka fesyen dari Jepun mewakili QLogo,Aki)





Menurut pengasas Couture Fashion Week Malaysia 2024,Ziinine A. Britshi ,acara ini turut diadakan bagi mengangkat kekayaan warisan tekstil ,kraf tradisional Malaysia seperti Songket,Batik dan Tenun.Disamping itu juga ia mampu mengangkat nama Malaysia sebagai hub fesyen antarabangsa.
“One of the main goals of the evening was to celebrate Malaysia’s rich textile heritage, showcasing traditional crafts like songket, batik and tenun.
“The gala provided an exceptional platform for both established and emerging talents, encouraging collaboration among designers, brands, buyers, media and industry professionals. It also ensured that young designers received the recognition they deserve, especially those who integrate Malaysia’s textile traditions into their contemporary creations,” -Ziinine A. Britshi
Turut menyertai acara ini ialah The M.A.C. Clinic diketuai oleh Dr. Hew Yin Keat, pakar aesthetik yang memulakan projek aesthetic sejak tahun 1996. Maklumat lanjut berkenaan The M.A.C Clinik boleh didapati melalui laman web:-
www.mac-clinic.my/about


(Pakar kecantikan dan Pengasas M.A.C. Clinic, Dr. Hew Yin Keat)


Antara pereka Fashion yang mempersembahkan hasil rekaan mereka ialah Ridzuan Bohari,Roberto Cavalli,Mouna Benmakhlouf, KN Key NG,Rosalind Kamis Couture, Vivien Tsai , Vivien Lee,Tommy Cha ,QLOGO dari Jepun dan Kovalsky Couture dari Moldova.
Lebih 100 orang model terlibat dalam peragaan fesyen ini manakala solekan daripada MAC Cosmetics, gaya rambut oleh C&C Creative Consultancy dan A Plus One Hair Products.
Author: Jaringan Anak Muda
Published Date: 4 October 2024
Original Article: https://jaringananakmuda.blogspot.com/2022/04/raya-penuh-makna-koleksi-raya-aeon-2022.html?m=1
